Thursday 16 February 2012

Gunung Rajah: Misi Berjaya

Alhamdulillah xpdc menawan gunung rajah oleh oghc akhirnya berjaya mencapai misi dengan jayanya dan yang paling penting dengan selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. saya ingin membuat sedikit coretan di ruangan ini perihal pengalaman kami oghc dan juga pengalaman peribadi saya sendiri. xpdc kali ini disertai oleh 9 orang trekker yang terdiri daripada 7 orang wira dan 2 orang srikandi. akhirnya saya berjaya memujuk srikandi untuk mengikuti xpdc kami kali ini setelah memberi jaminan oghc adalah kelab yang baru ditubuhkan tetapi menjunjung prinsip profesional yang tinggi.

Soal kepercayaan dan keselamatan saya titik beratkan di dalam oghc. " no man left behind ",sentiasa ada sweeper yang akan berjuang di barisan belakang. terima kasih kepada saadah dan linda kerana memberikan kepercayaan penuh kepada oghc dan terima kasih tidak terhingga juga kepada azmi yang dengan sabarnya bertindak sebagai sweeper oghc. perjalanan kami dari air terjun chamang ke kem lata hijau memakan masa selama 7 jam. perjalanan sejauh 10 km yang mengerah keringat dan menguji kesabaran semua wira dan srikandi ini berjalan lancar diiringi deruan air terjun di sepanjang perjalanan. 

Kami sampai di kem lata hijau pada pukul 3 petang dan setelah mendirikan khemah kami makan tengah hari bersama-sama. oleh kerana hari masih awal, saya ingin terus ke puncak yang pada fikiran saya cuma 2.5 jam perjalanan lagi. antara misi peribadi saya adalah untuk melihat pemandangan matahari terbenam di puncak gunung dan saya berkongsi misi ini dengan khalis yang sanggup turut serta dalam misi 'redah' ini. berbekalkan sebotol air mineral,head lamp dan juga DSLR,saya dan khalis meneruskan pendakian ke puncak. saya mengetuai pendakian dan khalis bertindak sebagai marker man. kami berjaya sampai di puncak gunung rajah pada pukul 5.30 petang dan oleh kerana keletihan saya tertidur sekejap. menjelang pukul 6 petang,kami mula mengambil gambar pemandangan yang mengkagumkan dari puncak gunung rajah tersebut sehingga jam menunjukkan jam 7.15 malam. setelah berbincang dengan khalis, kami sepakat untuk turun ke kem lata hijau pada pukul 7.20 malam. 

Pada ketika itu, bermulanya pengalaman peribadi saya dan khalis yang saya fikir tidak akan ditemui di mana-mana. betapa mahalnya sebuah pengalaman. oleh kerana head lamp ada 1 sahaja, saya menyuruh khalis berada di depan manakala saya di belakang menyuluh trek. pukul 7.40 malam suasana dalam hutan di puncak yang penuh becak menyukarkan pergerakan kami ditambah lagi dengan kegelapan malam yang mengelirukan. kami telah tersalah mengikut trek yang dibuat pendaki lain sampaikan pada satu tahap kami totally lost. sebenarnya semua ini terjadi kerana kealpaan kami berdua juga kerana tidak tag jalan dengan marker kami ke puncak dek kerana masing-masing telah kepenatan. satu perkara yang saya belajar,sediakan marker yang secukupnya dan sentiasa tanda trek yang dilalui dengan marker walaupun tubuh terlalu letih dan trek yang dilalui tersebut terlalu sukar. khalis memberikan cadangan kepada saya untuk berundur kembali kepada starting point dari puncak. saya dan khalis berhempas pulas dalam kegelapan malam mencari starting point dan pada satu selekoh kami berasa itulah trek yang kami lalui semasa pendakian tadi. untuk tidak melakukan keputusan yang salah,kami berehat menenangkan fikiran yang telah dikuasai perasaan cemas dan seribu macam perasaan negatif. saya terus melaungkan azan dengan mendayu-dayu penuh berharap kepada Allah agar menunjukkan kami ke jalan yang betul. setelah melaungkan azan dan ayat kursi dibaca, saya penuh berserah diri kepada Allah telah memilih trek yang kami yakini membawa kami ke kem lata hijau dengan penuh berhati-hati. 

Alhamdulillah perjalanan kami turun semakin lancar dan kami akhirnya berjaya sampai ke kem lata hijau pada pukul 10.30 malam. inilah pengalaman peribadi yang mahal harganya bagi saya secara peribadi. kita tidak akan dapat menjinakkan hutan,tetapi kita dapat berkawan dengan hutan dengan syarat mestilah tanpa sebarang niat yang serong. yang paling penting ketenangan dalam sebilang masa itu penting demi melahirkan sebuah keputusan yang penting. akhir sekali tahniah kepada mereka yang menjayakan misi ini dan terima kasih kerana memilih platform oghc untuk mendekatkan diri kepada alam....terima kasih daripada saya.-Muaz


No comments: